Tuesday, August 20, 2013

PERANG DUNIA KE 2


  1939-1945
Perang dunia ke-2 merupakan perang yang memakan masa selama 6 tahun dan mengorbankan lebih kurang 61 juta orang.Negara Rusia merupakan negara yang banyak kehilangan nyawa. 

Perang Dunia ke-2 membabitkan kuasa Bersekutu,China serta Kuasa Paksi.Perang ini berlaku di Medan Atlantaik sekitar Eropah,medan Pasifik dan Asia Timur.Perang dunia ke-2 ini telah banyak membuat kerosakan dalam sejarah dunia moden. 
Adolf Hitler telah menggunakan keadaan kemelesetan ekonomi kestabilan politik yang rapuh telah membuat membuat Adolf Hitler berjaya memegang kuasa penuh negara Jerman.
Adolf Hitler telah melanggar Perjanjian Perang Dunia ke-2 dengan membangunkan ketenteraan.Pada tahun 1922,Benito Mussolini serta Pauh Fascist telah bangkit memegang kuasa di Itali dengan matlamat ideologi dengan sosialis.Mussolini dan Adolf Hitler telah manandatangani Perjanjian'Rome-Berlin Axis' pada tahun1936,kerana Mussolini tidak mempercayai Hitler.


MEDAN EROPAH


Pada tahun 1 sept 1936,tentera Jerman menjajah Poland,Jepun menceroboh di negara China pada tahun 1937 dan mencerobohi
Manchuri pada tahun 1931.
Pada 3 September 1939,British dan Perancis mengisytiharkan perang ke atas Jerman.Pada tahun 1940, Jerman menyerang Belanda,Belgium dan Luxemberg.Pada tahun 1941,Jerman menyerang Kesatuan Soviet tetapi tidak dapat menawan Moscow.Oleh kerana Jerman mempunyai sumber yang tidak cukup,Jerman telah di Stalingrad.Pihak Berikat telah membebaskan Perancis,Belanda,Normandy,Belgium dan Luxemberg dengan melanggar Normandy dalam Operasi Overlord pada Jun 1944.Parti Berikat berjaya menawan Jerman.Pada tahun 1945 dan selepas Adolf Hitler membunuh diri,Jerman menyerah kalah pada tahun 1945 dan pada tahun 2 September 1945,Jepun menyerah kalah.
PERANG PASIFIK

 1.Jepun telah menyerang Pearl Harbor pada tahun 1941 serta menyerang tanah jajahan British di Malaya,Borneo seta Filipine.
2.Apabila Nagasaki telah dibom dengan bom atom barulah Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945 dan menandatngani dokumen menyerah kalah pada 2 September 1945.
SEJARAH JEPUN DI TANAH MELAYU
Pada pukul 10.30 pagi,Jepun telah tiba di Kota Bahru.Jepun yang dibantu oleh tentera yang baru mendarat telah memaksa tentera India British berundur ke Kuala Lipis dan telah menawan Kota Bahru pada pukul 2.00 petang pada 9 Disember.Pperanagan ini telah banyak mengorbankan tentera British.Dengan kekalahan tentera British untu mempertahankan tanah jajahan menyebabkan tanah melayu ditawan ole Jepun.Jadi bermulalah kegemilangan Jepun di tanah melayu selama 3 tahun setengah.
Pendudukan Jepun di Negara Kita
1.Pemerintahan tentera Jepun di negara kita adalah bercorak ketenteraan.
2.Tempoh pemerintahan tentera Jepun adalah 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945 dan mengambil masa kira-kira tiga tahun setengah.
1.1.1 Kedatangan Jepun
1.Pada tahun 1868,Jepun muncul sebagai kuasa imperialis semasa pemerintahan Maharaja Mikado Meiji.
2.Maharaja Mikado Meiji memerintah Jepun dari tahun 1868 hingga 1912.Baginda berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh 30 tahun melalui gerakan yang dikenali sebagai Pemulihan Meiji.Pemulihan yang menekankan pemodenan dan perindustrian dilancarkan oleh Maharaja Meiji.
3.Pihak Jepun sentiasa berusaha mencari kawasan pasaran baru untuk barangan perindustriannya.
4.Pada tahun 1940,Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun kerana enggan berundur dari negara China.
5.Tindakan Amerika Syarikat ke atas Jepun menyebabkan kerajaan Jepun yang dikuasai oleh golongan tentera bertindak menyerang asia tenggara yang dipimpin oleh Jeneral Tojo.
6.Sebelum menyerang Tanah Melayu,kerajaan Jepun telah menggunakan propaganda untuk mempengaruhi penduduk negara kita  supaya menyokong Jepun.
'slogan Asia untuk  orang Asia'
7.Rancangan'Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya'
merupakan slogan Jepun yang berkesan sehinggab penduduk tempatan tidak merasai kehadiran Jepun sebagai penjajah.